Garena Free Fire MAX membawakan permainan menembak battle royale popular ke satu tahap baru dengan perubahan grafik sepenuhnya. Diterbitkan oleh Garena International I untuk Android dan iOS, Free Fire MAX menawarkan visual grafik realistik dengan taktikal permainan kemahiran yang klasik yang diminati oleh ramai pemain.
Sekiranya anda mempunyai peranti mobile berkuasa dengan spec tinggi, sudah masanya untuk anda merasai permainan menembak secara bebas, atau Free Fire, yang terbaharu ini!
Garena Free Fire MAX ialah permainan menembak dari perspektif sudut pandangan pihak ketiga yang tersedia untuk dimainkan di platform Android atau iOS yang mengujakan.
Permainan mobile Android ini meletakkan hampir 50 orang pemain terdampar di satu pulau terpencil dan mereka perlu berusaha untuk terus bertahan hidup. Anda perlu menentang pemain lain – gunakan senjata pistol, perisai, bom tangan dan peralatan lain untuk terus bertahan!
Bentuk pasukan bersama 3 orang rakan dan bina skuad terbaik yang terdiri daripada 4 orang. Takluki dunia bersama-sama dan menangi semua cabaran permainan yang anda lalui. Ketika pemain lain sudah mulai tumpas, anda pasti berasa lega kerana anda mempunyai skuad terbaik untuk membantu dan berlawan bersama anda!